Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Rumah Pertama

Assalamualaikum, Seminggu yang lepas aku dan isteri usha-usha rumah baru kitaorg. Yang pasti rumah dekat melaka :). Well, ini adalah pengalaman pertama kitaorg beli rumah sendiri. Memang rasa janggal dan tak reti juga, tapi kena belajar macam mana nak deal dengan pemaju. Antara taman yang menjadi idaman aku dan isteri ialah Taman Tun Kudu dekat area Bukit Katil, Melaka. Kawasan ni kira ok juga, dekat dengan bandar Melaka, Masjid, klinik, sekolah dan kawasan kedai-kedai. Kitaorg pon memang sangat-sangat berkenan area rumah tu. Yang penting sekali senang nak ke tempat kerja hehe.. Jumaat lepas aku dan wife pergi ke pejabat pemaju tu dekat Melaka Raya. Antara yang kitaorg bincang : - Harga rumah - Pinjaman (full loan / 10% deposit ) - Hak milik kekal - Free gift ada ke tak :P Itu antara yang kitaorg bincang setakat tu, 2 hari lepas tu kitaorg terus booking rumah tu sebab memang dah berkenan sangat! yatta~