Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Kerja Punya Cerita

Salam, Hari ni nak cerita sikit pasal kerja ni, Alhamdulillah aku sekarang dah dapat kerja yang stabil dan boss yang memahami. Kerja jangan tension, relek dan cool janji siappp! haha.. Sekarang ni memang susah cari kerja, walaupun kerajaan war-warkan ekonomi kita kukuh, takda masalah apa semua, tapi hakikatnya rakyat menderita. Bayangkan tawaran kerja tak seberapa, tapi graduan yang keluar dari universiti tu beribu tiap-tiap tahun. Yang pasti mereka ni semua nak kan kerja. Harap pihak kerajaan dapat buat sesuatu la untuk tarik para pelabur atau berikan galakkan untuk usahawan-usahawan kita ni berikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk para pencari kerja..